Search Article in this blog | Powered by GROWTHWARE

Localhost ialah singkatan daripada Local Hosting iaitu tapak bagi laman web tempatan. Localhost sering digunakan web server sebagai alamat bagi pelayaran aplikasi laman web tempatan. Sebagai contoh, disesetengah Universiti atau Organisasi mereka menggunakan sistem ICMS, CMS dan sebagainya. ICMS/CMS ini adalah suatu program aplikasi web bagi penyimpanan data, pengurusan organisasi, dan sebagainya.Jadi ICM/CMS ini menggunakan alamat localhost (atau lain-lain mengikut hosting) bagi pelayaran intranet untuk paparan pengguna.

Anda boleh memahami localhost dengan lebih lanjut dengan mencuba cara ini.

Windows 2000/ME/XP/Vista:
1. Buka browser internet anda (Firefox,Opera,Internet Explorer, dan lain-lain).
2. Taip http://localhost/

Nota : Pastikan anda memasang (install) IIS (Internet Information Service (Rujuk posting IIS) versi 5 keatas bagi windows XP/Vista atau PWS(Personal Web Server) bagi windows 2000/ME.

Anda akan mendapati suatu laman web akan muncul diskrin anda.Laman web ini berfungsi dengan menggunakan web server(rujuk posting web server) sebagai pelayan dan localhost sebagai alamat (URL) bagi laman web tersebut. Disesetengah perisian OS(Operating Sistem) yang lain, seperti Ubuntu, Fedora dan lain-lain, localhost juga digunakan ssebagai alamat bagi pemasangan aplikasi web seperti phpmyadmin, Joomla!, dan sebagainya.