IIS ialah singkatan kepada Internet Information Service yang mana berfungsi sebagai web server(rujuk posting web server) atau pelayan web. IIS adalah sebuah aplikasi utiliti yang dinaiktarafkan (upgrade) daripada PWS (Personal Web Server) yang dipasang pada Windows ME/2000. Setelah Windows XP dan Windows Server 2003 diperkenalkan Microsoft Corporation membina IIS sebagai peganti kepada PWS yang mana lebih berfungsi dan selamat serta mengandungi ciri-ciri teknologi terkini daripada kejuruteraan Microsoft.
Anda boleh membina web aplikasi anda sendiri sekiranya IIS telah dipasang pada komputer anda.
Untuk memasang IIS ikuti langkah berikut:
1. Masukkan CD windows XP anda kedalam komputer atau download di http://www.microsoft.com/windowsserver2003/iis/default.mspx atau http://www.iis.net/
2. Klik Start dan pergi ke Control Panel
3. Klik Add Remove Program dan klik butang Add/Remove Windows Components
4. Tandakan pada kotak Internet Information service (IIS) dan klik Next
5. Tunggu sehingga pemasangan selesai
6. Setelah selesai pemasangan buka browser internet (Firefox,IE 5, dan Lain-lain)
7. Taip pada URL Box http://localhost/
8. Anda akan mendapati suatu laman web IIS dipaparkan. Selesai! Anda telah berjaya memasang IIS pada komputer anda.
9. Untuk konfigurasi atau setting IIS anda pergi ke Control Panel (Classic View)
dan klik Administrative Tools dan Klik Internet Information Service (IIS).
*Sebarang pertanyaan atau komen amat dialu-alukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment