Kalau nak dibandingkan dengan beli komputer desktop dengan siap pasang memang memudahkan terutama kepada yang baru berjinak-jinak dalam dunia komputer. Tetapi untuk lebih jimat dan ekonomi, lebih baik anda membeli dalam bentuk cerai-berai dengan membeli hardware yang penting terlebih dahulu dengan pemsangan sendiri.
Tips penting sebelum membeli hardware :
1. Processor
-Kelajuan
Kelajuan adalah ciri yang penting bagi setiap pengguna komputer. Tetapi harus diingat kelajuan komputer tidak bergantung pada processor semata-mata, tetapi bahagian yang paling perlahan dalam komputer juga memainkan peranan penting, contohnya ialah RAM.
-Ketahanan (Durability)
Sangat penting. Kebanyakan pengguna komputer menggunakan komputer pada jangka masa yang lama. Justeru itu Ketahanan sebuah processor amatlah penting. Faktor haba dan pemasangan processor memainkan peranan yang penting dalam ketahana sebuah processor.
-Harga
Pastikan harga yang dibeli adalah berbaloi untuk kegunaan anda.
-Teknologi
Teknologi terkini processor adalah penting. Lebih canggih sebuah processor lebih baik dayatahannya dan kelajuannya.Tetapi kebiasaanya teknologi terkini memerlukan budget yang lebih tinggi untuk sesebuah komputer.
2. Motherboard
-Fungsi
Terdapat pelbagai jenis motherboard yang berada dipasaran. Tetapi pastikan anda membeli motherboard sesuai dengan kegunaan anda.
-Harga
Pastikan ianya berbaloi untuk anda dan budget anda.
-Teknologi
Teknologi terkini motherboard memberikan komputer anda lebih fungsi. Sebagai contoh teknologi USB (Universal Serial Bus) 2.0 terdapat dalam kebanyakan motherboard terkini, tetapi tidak terdapat pada kebanyakan model motherboard sebelum tahun 1998.
-Saiz
Bergantung kepada casing (Badan Komputer) anda. Kebanyakan model motherboard terkini adalah bersaiz kecil dan sederhana.
3. RAM (Random Access Memory)
-Memory (ingatan)
Kebanyakan memory terbaru dipasaran mempunyai memory sehingga 4GB. Walaubagaimanapun pengguna diMalaysia secara purata menggunakan RAM dari 256MB sehingga 51MB. Bergantung kepada penggunaan anda. Untuk paparan grafik yang terbaik, adalah diasarankan menggunakan RAM 512MB keatas dan mempunyai frekuensi yang tinggi untuk penggunaan yang memuaskan.
-Jenis
Terdapat pelbagai jenis RAM dipasaran. Antara yang popular digunakan ialah SDRAM, DDR, DDR1, DDR2, bergantung kepada socket RAM motherboard anda.
4. Hard Disk
-Memory Storage (Ruang Ingatan)
Pastikan ianya mempunyai saiz yang besar sekurang-kurangnya 40GB. Kebanyakan Operating System (OS) yang terkini menggunakan ruang yang besar untuk beroperasi.
-Jenis
Terdapat pelbagai jenis Hard Disk di pasaran. Untuk kegunaan Desktop yang paling popular digunakan ialah, IDE, SATA, SATAII.
-Harga
Bandingkan Harga terlebih dahulu untuk budget anda. Terdapat banyak brand atau jenama Hard Disk yang berbaloi untuk anda.
5. Video Card (Pilihan)
Untuk paparan video dan display lang lebih baik, dapatkan Video Card dengan ciri-ciri terkini seperti Pemproses Video (Video Processor) yang terkini. Pemilihan Video Card juga bergantung kepada budget anda dan kegunaan anda. Sekiranya anda mempunyai budget yang sedikit, lebih baik anda tinggalkan bahagian ini terlebih dahulu kerana motherboard hari ini telah dipasang built-in chip untuk video dan paparan serta suara dan juga network modem yang lebih baik daripada Video Card dan menjimatkan ruang dalam PC anda.
6. Modem (Pilihan)
Modem adalah suatu alat untuk menghubungkan komputer anda dengan komputer lain, dengan kata lain untuk melayari internet. Terpulang kepada penggunaan anda, untuk kelajuan pemindahan data yang lebih baik anda boleh menggunakan modem berkelajuan tinggi. Terdapat pelbagai jenis modem dipasaran dan yang sering digunakan ialah wireless modem card, PCMCIA Card dan Cable Modem Card.
7. Mouse
Terdapat pelbagai mouse yang dijual dipasaran hari ini. Anda disyorkan untuk menggunakan mouse optical yang menggunakan kabel USB 2.0 untuk sambungan ke komputer.Terdapat juga wireless mouse (Mouse tanpa wayar), namun harganya agak mahal sedikit.
8. Keyboard
Mengikut kegunaan anda. Kebiasaan keyboard yang digunakan adalah 101,102,103 standard natural key (US Layout Keyboard).Anda juga boleh memilih mengikut citarasa anda semasa pemilihan keyboard. Terdapat pelbagai layout keyboard bergantung kepada bahasa komputer uang digunakan. (Untuk standard US Layout Keyboard).
9. Multimedia Speaker (Pilihan)
Untuk bunyi yang lebih bekesan, uji terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu komputer. Sekiranya anda mahukan bunyi sperti home theater anda boleh membeli set lengkap Speaker dengan Sub Woofer untuk kepuasan mendengar lagu sampai ke jamban.
10. Casing (Badan komputer)
Casing komputer mestilah dibeli berdasarkan saiz hardware anda. Terdapat pelbagai varian dan rekaan casing dipasaran.Pastikan harganya adalah berbaloi. Kebanyakan Casing Komputer dilengkapi Power Supply sebagai pembekal kuasa Elektrik kepada komputer anda.
11. Monitor
-Kebezajelasan (Resolution)
Bergantung kepada pixel yang terdapat pada monitor anda.Untuk CRT (Chatode-Ray Tube) bergantung kepada saiz monitor yang anda ingin gunakan dan pixel yang terpasang pada monitor anda.
-Saiz
Untuk saiz yang lebih nipis, anda disyorkan menggunakan monitor LCD.Tetapi, jika anda mahukan skrin yang kecil tetapi mempunyai paparan sebesar panggung wayang, dan mudah dibawa kemana-mana, anda disyorkan menggunakan PROJEKTOR LCD, tetapi harga yang ditawarkan kebiasaannya adalah tinggi.
-Kualiti Gambar/paparan
Untuk kualiti gambar kebiasaanya Monitor CRT lebih jelas bebanding LCD. Walaubagaimanapun teknologi LCD terkini juga mempunyai ciri-ciri kualiti gambar yang terbaik. Untuk paparan yang lebih baik anda boleh menggonakan Plasma monitor screen, tetapi harganya adalah tidak berbaloi untuk anda yang mempunyai budget yang sedikit.
*Untuk cara-cara pemasangan nantikan posting berikutnya.
Links:
Tips Komputer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment