PING ialah Packet Internet Grouper, adalah sebuah aplikasi utiliti yang digunakan untuk memeriksa sambungan jaringan teknologi Transmission Control Protocol/Internet Protocol (TCP/IP). Dengan menggunakan utiliti ini, anda dapat menguji komputer anda sama ada bersambung dengan komputer lain atau tidak. Ianya dilakukan dengan cara mengirim sebuah "paket" (Klik disini untuk rujukan wikipedia) kepada Alamat IP yang hendak diuji penyambungannya dan menunggu respons darinya. Nama "ping" berasal daripada sonar sebuah kapal selam yang sedang aktif, yang sering mengeluarkan bunyi ping ketika menemui sebuah objek. Apabila aplikasi utiliti ping menunjukkan hasil yang positif maka kedua-dua komputer tersebut saling berhubung di dalam sebuah jaringan. Hasil statistik penyambungan dikeluarkan pada bahagian akhir ujian PING. Kualiti penyambungan dapat dilihat dari saiz pemindahan data ulang-alik (roundtrip) dan jumlah saiz paket yang hilang (packet loss). Semakin kecil kedua-dua angka tersebut, semakin baik kualiti penyambungannya.
Contoh PING
Untuk membuat ujian PING terhadap komputer anda ikuti langkah berikut:
Windows :
1. Klik START dan pergi ke RUN
2. Type CMD pada command box (Kotak Arahan) dan klik butang RUN atau tekan ENTER
3. Taip ping localhost pada Aplikasi Utiliti Command Prompt dan tekan Enter
4. Anda akan dapati bahawa komputer anda dipingkan dengan localhost (Rujuk posting localhost)
Nota : Sekiranya hasil yang didapati adalah (0% loss) bermakna komputer anda telah disambung dengan baik.
LINUX (Based GNOME atau KDE) :
1. Buka aplikasi TERMINAL
2. Taip ping localhost dan tekan ENTER
3. Anda akan mendapati komputer anda dipingkan dengan localhost
4. Pastikan anda memasuki TERMINAL sebagai administrator untuk mengelakkan daripada sekatan arahan. (Blocked Command)
Nota : Untuk memasuki TERMINAL sebagai administrator, taip sudo-i dan tekan ENTER. Kemudian masukkan password anda. (Perhatian : Ketika anda memasukkan password, tiada aksara atau perkataan akan muncul di skrin monitor anda. Ini kerana Linux melindungi privasi dan keselamatan komputer anda.Taipkan password dan terus tekan ENTER)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment